Siapa sangka, banyak benar ujian dan dugaan buat penyanyi, Ezad Lazim. Jika sebelum ini, dia dikaitkan dengan kes salah laku dadah, kini, isterinya, Nor Azeana Ramli pula disahkan menghidap sejenis kanser yang dikenali sebagai Stroma Gastrousus atau GIST.
Lebih memeritkan lagi, ketumbuhan yang paling biasa berlaku di saluran usus yang menjejaskan saluran penghadaman itu berlaku ketika Azeana sedang sarat mengandung.
Sebenarnya, memang benar doktor mengesahkan ada ketumbuhan dan kanser tetapi kami hanya mampu berdoa agar semuanya selamat. Sehingga kini, kandungan saya berada dalam keadaan baik dan kami berharap ketumbuhan yang ada juga akan hilang selepas saya melahirkan anak,” kata Ezad.
Buat Azeana dan Ezad, semoga lebih kuat menghadapi dugaan ini, dan semoga kandungan Azeana berada dalam keadaan sihat. –MH–
0 Response to "ISTERI EZAD LAZIM DINASIHAT BERSALIN AWAL KERANA HIDAP KANSER?"
Post a Comment