LEPAS VIRAL TAK PAKAI COLI TASHA SHILLA BUAT HAL LAGI....


Selepas kontroversi gambar seksinya yang memakai pakaian jarang hingga menampakkan coli di muka hadapan sebuah majalah, aktres Tasha Shilla dilapor buat hal lagi apabila didakwa mengupah 40 gangster untuk membelasah bekas teman lelakinya.
polis-reportBeberapa blog dan portal hiburan melaporkan, bekas teman lelaki Tasha, Hans Wong telah meluahkan peristiwa yang dihadapinya itu di Facebook.
Malah, seorang wanita yang dikatakan mengenali Hans dipanggil Carmen turut menyatakan perkara sama menerusi laman Instagramnya.
Gambar Hans membuat laporan polis berhubung insiden yang dialaminya turut dimuat naik di media sosial.

Seorang aktres, Farah Mendoza yang kenal rapat dengan Tasha pada ruangan komen turut menyatakan dia melihat kejadian yang menimpa Hans di dalam sebuah kelab malam.
Menerusi status-status yang dimuatnaik, Tasha dikatakan telah menyerang Carmen dan Hans di sebuah kelab menyebabkan atress itu disimbah air dan dihalau dari kelab berkenaan.
Tiada berpuas hati dengan insiden memalukan itu, Tasha dikatakan telah menghantar 40 lelaki untuk membelasah Hans.
Peminat atres itu meluahkan kekecewaan dan terkejut dengan tindakan Tasha dan menasihatkan dia membuat penjelasan untuk membersihkan namanya.

0 Response to "LEPAS VIRAL TAK PAKAI COLI TASHA SHILLA BUAT HAL LAGI...."

Post a Comment