Batu Pahat: Sehingga 12 tengah malam tadi, seorang lagi mangsa tragedi rakit tenggelam di Sungai Bekok, berhampiran Masjid Jamek Pekan Yong Peng di sini, petang tadi masih belum ditemui.
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Lana Ismail, 55, akan diteruskan sehingga dia ditemui.
Komander Operasi Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Aizad Mamat berkata, SAR tidak akan ditamatkan dan akan terus berusaha mengesan mangsa terakhir itu.
“Kita harap mangsa dapat ditemui dalam masa terdekat berikutan air sungai yang surut sehingga dua meter berbanding lima meter petang tadi,” katanya.
Terdahulu, mayat anak bongsu Lana, Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10, ditemui jam 8.40 malam tadi, kira-kira dua meter dari tempat rakit tenggelam.
Petang tadi, dua beradik, Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan ditemui lemas dalam kejadian 2.30 petang itu.
Enam ahli keluarga mereka terselamat dalam kejadian berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 12:19 AM
-----------------------------------
Johor Bahru: Bayi lelaki berusia 10 bulan dan budak lelaki 3 tahun ditemui lemas, manakala budak lelaki berusia 10 tahun dan neneknya, 50-an dikhuatiri lemas di Sungai Bekok, Masjid Jamek Pekan Yong Peng di Jalan Yong Peng Chaah dekat Batu Pahat, petang tadi.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, enam lagi ahli keluarga mereka berjaya diselamatkan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, bayi lelaki berusia 10 bulan itu dikenal pasti sebagai Muhammad Ikwan Nasurudin, manakala yang berusia 3 tahun, Muhammad Iman Naqimudin.
Katanya, dua lagi dikhuatiri lemas dan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.
"Hasil maklumat awal mendapati mangsa adalah satu keluarga berasal dari Kangkar Bahru, Yong Peng dan datang ke kawasan Sungai Bekok untuk menghadiri kenduri kahwin.
"Mereka kemudian menaiki rakit yang berada di tepi sungai yang digunakan penduduk kampung untuk menyeberang sungai, sebelum rakit itu dilaporkan terbalik," katanya.
Komander Operasi Ibnul Kasim Ahmad dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng pula berkata, pihaknya bersama tiga anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 2.54 petang.
Katanya, Setibanya di lokasi kira-kira 20 minit kemudian, bomba mendapat maklumat bahawa ada mangsa dikhuatiri lemas di sungai terbabit.
“Operasi mencari dan menyelamat mula dijalankan menggunakan satu bot sejurus tiba di lokasi,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 26 Disember 2015 @ 5:31 PM
======================
Dimakkumkan HJ Hairadin Masran Ketua Cawangan Kangkar baru mengalamai kemalangan ketika menaiki rakit dibelakang sungai Masjid Yong Peng. Beliau dan dua lagi dpt diselamatkan. Bagaimanapun dua cucu beliau telah ditemui meninggal dunia. Isteri Dan seorang Anak bungsu Hj Hairadin masih belum ditemui.. pihak bomba sedang mencari sekarang. Kita doakan mangsa lain DPT ditemui..
0 Response to "SAYU : YA ALLAH SELAMAT KAN LAH CUCU ANAK DAN ISTERI KU .. BAYI 10 BULAN DAN BUDAK 3 TAHUN SAH LEMAS (10GAMBAR)"
Post a Comment