Bekas kekasih kepada bintang bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo, Irina Shayk teruk dihentam gara-gara memakai gaun separuh bogel ketika hadir di Vanity Fair Oscars Party minggu lalu.
Model berusia 29 tahun itu hadir dengan memakai gaun hitam berjenama mewah Versace ternyata menarik perhatian sebaik sahaja dia melalui acara karpet merah dengan gaun yang hampir menampakkan keseluruhan tubuh badannya.
Malah, gaun tersebut juga menjadi perbualan di media sosial kerana gaun tersebut hanya menutupi bahagian tertentu tubuhnya.
Malah model itu juga dilihat memberikan ‘pose’ menarik semasa sesi fotografi sambil melayangkan ‘flying kiss’ kepada peminat-peminat yang menanti kehadirannya.
Walaupun Shayk kelihatan cantik semasa menggayakan gaun tersebut namun ia dianggap tidak bersesuaian untuk ke acara berprestij seperti itu.
Disebabkan itu juga, ada pihak yang mendakwa model cantik itu sengaja mahu menarik perhatian ramai selepas berpisah dengan Cristiano Ronaldo.
Shayk bagaimanapun tidak mengambil peduli terhadap tuduhan-tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.
0 Response to "KECOH: BEKAS KEKASIH CRISTIANO RONALDO DI KUTUK KERANA PAKAIAN TANPA SELUAR DALAM"
Post a Comment