SAYU : YA ALLAH BARU SEMALAM LEPAK .. HARI NI DAH TAK ADA .. TAK KAN KOT ? (5GAMBAR)

Gurun : Seorang penumpang, 21, meninggal dunia sementara pemandu lelaki, 20, cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 74 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.20 petang itu, mangsa, Noor Amalina Adlan dalam perjalanan dari Perlis ke Sungai Petani namun sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandu Muhammad Hariz Abdull Malek hilang kawalan sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Mohd Zukir Md Isa berkata, kereta itu terbabas di sebelah kiri jalan dan merempuh pokok.



Menurutnya, akibat kemalangan itu pemandu hanya mengalami kecederaan ringan sementara penumpang wanita yang parah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang meninggal dunia bekerja di kedai makan dan berasal dari Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada 4.30 petang.

"Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa sudah dibawa keluar orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

"Operasi menyelamatkan mangsa dan mengalihkan kenderaan itu tamat sepenuhnya 6 petang tadi sebelum mayat diserahkan kepada polis," katanya. -HM 
:)

0 Response to "SAYU : YA ALLAH BARU SEMALAM LEPAK .. HARI NI DAH TAK ADA .. TAK KAN KOT ? (5GAMBAR)"

Post a Comment