SAYU : KENAPA KAU PERGI DULU DARI AKU KENAPA .. RAKAN WANITA MAUT KERETA BERTEMBUNG LORI (7GAMBAR)

KUALA PILAH : Seorang pekerja kilang maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan lori simen di Terachi di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan di hadapan Balai Polis Terachi kira-kira jam 7 pagi itu, Nurul Fitri Baharudin, 23, tersepit di tempat duduknya manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Berikut Luahan sayu Mohd Syukry sahabat arwah yang terkejut dengan permergian sahabat nya Nuru Fitri.





Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian, dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Senawang dekat Seremban, manakala lori itu dari arah Bahau, Jempol, ke Seremban. 

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Pegawai Bomba Kanan II Zainurin Sharip, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.03 pagi dan sebuah jentera bersama enam anggota tiba di tempat kejadian pada jam 7.25 pagi.

Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dari kereta manakala mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini. -Credit BH 

0 Response to "SAYU : KENAPA KAU PERGI DULU DARI AKU KENAPA .. RAKAN WANITA MAUT KERETA BERTEMBUNG LORI (7GAMBAR)"

Post a Comment