PINJAM MOTOSIKAL TAK PULANGKAN, LELAKI DIPENJARA 8 BULAN, 2 SEBATAN

Pix Utusan Malaysia

KOTA BHARU - Pandai pinjam tak reti pulangkan, seorang penganggur dihukum penjara selama lapan bulan serta dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, semalam, kerana tidak memulangkan motosikal yang dipinjam dari pemiliknya, Mac lalu.

Nor Azizie Che Mat, 31, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan dan Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dengan dua sebatan.

Nor Azizie telah menyalahgunakan motosikal yang dipinjam dari Jailani Muktar, 55, di hadapan sebuah rumah sewa di Jalan Bayam, jam 10 pagi pada 19 Mac lalu, lapor Utusan Malaysia.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shahmeera Mustafa memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepadanya serta orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.

Tertuduh dikatakan telah meminjam motosikal mangsa, bagaimanapun tidak menyerahkan kembali motosikal tersebut dan hilang bersama kenderaan itu. Tindakan tertuduh itu memaksa mangsa membuat laporan polis sebelum tertuduh berjaya ditahan polis.

0 Response to "PINJAM MOTOSIKAL TAK PULANGKAN, LELAKI DIPENJARA 8 BULAN, 2 SEBATAN"

Post a Comment