LELAKI INI CERITA DETIK² JADI ORG PERTAMA TIBA DI LOKASI KEMALANGAN RENTUNG DI JOHOR

KOTA TINGGI : Empat termasuk tiga sekeluarga warga Singapura rentung apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung lalu terbakar di Jambatan Sungai Dohol, Jalan Mersing kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Seorang pemuda melalui facebook nya merasa amat kesal kerana gagal untuk menyelamatkan mangsa ketika api sedang marak membakar kedua-dua kereta ini namun beliau sempat menyelamatkan salah seorang mangsa.

Mengikut pemuda terbabit dia sudah cuba menyelamat kan seorang wanita didalam kereta yang terbakar itu namun dia gagal membuka pintu tersebut kerana sudah kemek dan ketika itu lah dia terpaksa melihat rintihan wanita yang hidup itu dibakar api yang sedang marak itu, ketika kejadian hanya beliau seorang di kawasan terbabit.


Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Land Rover yang dinaiki tiga sekeluarga berkenaan sedang dalam perjalanan ke Mersing melanggar papan tanda di jambatan itu lalu terbabas ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Toyota Corolla yang dinaiki seorang wanita dalam perjalanan ke Kota Tinggi.

Akibat pelanggaran itu, keluarga warga Singapura yang terdiri daripada seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak serta wanita yang memandu kereta Toyota Corolla berkenaan maut dalam kemalangan berkenaan.

Bagaimanapun, seorang kanak-kanak ‎yang dipercayai anak wanita yang memandu kereta Toyota Corolla berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) oleh orang awam untuk menerima rawatan.

Seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi yang diketuai Komander Operasi Ramlan Mahat dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran berkenaan.-Utusan Online.

0 Response to "LELAKI INI CERITA DETIK² JADI ORG PERTAMA TIBA DI LOKASI KEMALANGAN RENTUNG DI JOHOR"

Post a Comment