IKAT LEMBU DENGAN TALI PINGGANG KELEDAR...RAGAM MANUSIA HAHA


Kerteh: Dua lembu ditemui di tempat duduk penumpang belakang sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan menghala ke Kuantan di Kilometer 324.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), dekat sini, kelmarin.
Kereta itu dipercayai ditinggalkan pemandunya selepas terbabit kemalangan di lokasi berkenaan.
Ketika ditemui, haiwan ternakan itu dikatakan tidak dapat bergerak kerana diikat dengan tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, kereta berkenaan ditemui orang awam yang kemudian melaporkan perkara itu kepada polis jam 11 pagi.
“Bertindak atas maklumat itu, polis menghantar anggota untuk menyiasat.
“Sebaik tiba di lokasi dan melakukan pemeriksaan anggota polis berkenaan terjumpa dua ekor lembu disyaki di curi berada di tempat duduk belakang kereta itu,” katanya, semalam.
Menurutnya, haiwan berkenaan mungkin dicuri dari kawasan Ajil atau daerah lain yang berdekatan.
“Setakat ini kami belum menerima sebarang laporan kehilangan lembu di Dungun,” katanya.
Beliau berkata, semakan nombor casis kereta itu mendapati ia didaftarkan di negara jiran.
“Tiada laporan kehilangan kereta berdasarkan nombor pendaftaran palsu yang digunakan pada kereta terbabit.
“Polis masih menjalankan siasatan termasuk beberapa cap jari yang ditemui dalam kereta,” katanya.
Sehibungan itu, Ahmad Zailani meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – myMetro

0 Response to "IKAT LEMBU DENGAN TALI PINGGANG KELEDAR...RAGAM MANUSIA HAHA"

Post a Comment