Lepas tu kami sama-sama kumpul duit. Kami kerja makan gaji 8am-5pm setiap hari. Waktu lunch hour, kami COD jual barang orang, naik motor tengah panas rembang sampai kadang-kadang tak sempat makan. Hujan panas kami redah. Orang perli dan ejek, kami tak pedulikan. Yang penting cari duit. Malam selepas anak-anak tidur kami berjaga sampai lewat malam menguruskan bisnes part time design kami. Tidur dan rehat tak pernah cukup. Alhamdulillah.
Saya masih ingat gelang emas pertama yang dia belikan untuk saya masa dia dapat bonus. Lepas lunch dia parking motor depan kedai emas di Ampang. Dia minta saya pilih satu gelang. Saya pilih yang paling nipis sebab takut mahal. Duit bonus tu banyak lagi nak guna untuk benda lain. Gelang itulah yang saya pakai hari-hari dan yang paling saya sayang. Alhamdulillah.
Lelaki ini banyak mengubah saya, luar dan dalam. Saya tak minta wang hantaran masa menikah kerana bagi saya dialah hantaran terhebat dari Allah untuk saya. Ini bukti Allah masih sayangkan saya sebab bagi peluang kedua untuk merasa manisnya bahagia. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah kerana mengirim lelaki ini untuk saya. Tak tahu apa yang saya buat sampai dianugerahi lelaki sebaik ini. Panjangkan umurnya, sihatkan tubuh badannya, ampuni dosanya dan terangi hatinya untuk sentiasa beribadah padaMu ya Allah. Terima kasih Allah untuk rezeki yang kau beri kepada kami hari ini. Alhamdulillah.
Selamat hari jadi sayang, terima kasih untuk kasih sayang dan pengorbanan. Harta di dunia hanya sementara, mari kita kumpul harta untuk di alam seterusnya. Semoga kasih sayang kita sampai ke Jannah. InsyaAllah. - Eleana Kamal
0 Response to "'Saya Tidak Minta Wang Hantaran Semasa Menikah'"
Post a Comment