Lihat Gambar Di Sini
Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.
Lihat Gambar Di Sini
Related Posts :
Pesawat Sabah Air terputus hubungan ( HILANG ) area kg Sedal,Perak ! Foto: Heli AS355 Makluman : 1x AS355 Sabah Air terputus hubungan area kg Sedal,Perak. Aircrew standby pls response n get details from AR… Read More...
Video Sebelum Bangunan Blok 1 Highland Tower Runtuh...Bagi Pengemar aktiviti Paranormal..Nama "Highland Tower" tidak terkecuali dari disenaraikan antara Lokasi terseram di malaysia..Berikut adal… Read More...
Tak tahan nafsu ? isteri nya pantang 100 hari pun marah ! Memang mengejutkan.Antara status yang paling dasyat pernah kami baca yang boleh menimbulkan berbagai tanggapan. Lelaki ini memuatnaik … Read More...
Murid Darjah 4 Bersalin Di Klinik Gambar hiasan JEMPOL - Seorang murid perempuan darjah 4 dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi di sebuah klinik swasta di Bahau pagi t… Read More...
Najib Bercakap Tentang Salur Derma Parti Ke Akaun Peribadi.. Saksikan!! Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri pada ucapannya ketika merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya, pada Fe… Read More...
0 Response to "Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari (GAMBAR-GAMBAR)"
Post a Comment