
PETALING JAYA: Isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datin Umie Aida Rahmat sudah menjangkakan suaminya itu akan ditahan semula sejurus dibebaskan daripada tahanan reman.
"Benar sungguh naluri ku... apa yang bakal terjadi. Abang telah dibebaskan dari akta 124C... tak sampai 5 minit abang ditahan semula untuk Akta 124K & 124L. Subhanallah... #staystrong," tulis Umie di laman Facebook miliknya.
Malah, Umie turut memuat naik gambar suaminya ditemani peguam Matthias Chang.
Khairuddin ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) pada petang Rabu, hanya beberapa minit selepas dibebaskan daripada tahanan reman.
Peguamnya, Matthias Chang berkata, Khairuddin telah dibebaskan daripada tahanan reman di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 4 petang.
Bagaimanapun, bekas pemimpin Umno itu ditahan semula kerana kesalahan mengikut Seksyen 124k dan 124L Kanun Keseksaan iaitu berkaitan mensabotaj negara.
"Sebaik berjalan keluar dari mahkamah, Khairuddin ditahan semula dan kini dibawa ke Balai Polis Dang Wangi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Mengikut Sosma, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu ditahan Jumaat dan direman enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.
Related Posts :
Suami BACUL, Pukul Isteri Sampai LembikSuami BACUL, Pukul Isteri Sampai Lembik : Seorang penganggur ditahan selepas satu video yang memaparkan dia sedang bersero ok memukul isteri… Read More...
Takziah Artis Wanita Terlibat Dalam Kemalangan Teruk, Kereta Terbakar.
111300
INDUSTRI hiburan hari ini digemparkan dengan nahas kemalangan yang menimpa pelakon Vanidah Imran apabila kereta Mini Cooper yang… Read More...
27 Foto Terbaik Nora Danish Bertudung.Gambar 1,2, 12, 15 Akan Membuatkan Lelaki CAIR!!27 Gambar~ Nora Danish Cantik Bertudung Sambut Hari Lahir Rayqal | Tampak manis dan berseri wajah Nora Danish bila bertudung litup semasa me… Read More...
Heliza Helmi Dikaitkan Dengan Hafiz HamidunHeliza Helmi Terkejut di Kaitkan Dengan Hafiz Hamidun | Kenyataan Hafiz dalam sebuah akhbar tentang lamarannya untuk berkahwin dengan seoran… Read More...
Gara-Gara Cemburu, Kereta Kekasih Ditampal Tuala Wanita
Malu sendiri. Itu yang berlaku kepada seorang wanita, Li Tan, 23, yang bertindak bodoh kerana menyangka kekasihnya, De Wu, 24, mem… Read More...
0 Response to "Penahanan Semula Suami Sudah Dijangka - Umie Aida"
Post a Comment