KEGAGALAN PERKAHWINAN PERTAMA TAK BERERTI SAYA TAK CUKUP BAIK – RAJA FARAH

Percintaan dan perkahwinan yang terjalin antara Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail dilihat begitu pantas terjadi. Di saat kisah perceraiannya Mei lalu menerusi perkahwinan pertama masih belum reda, pelakon itu tidak mampu menolak kehendak takdir bahawa jodohnya datang lagi.

eddi.transformedBercakap kepada BH Online, Raja Farah berkata:-

Kegagalan perkahwinan pertama tak bererti saya tak cukup baik, sekali gus tak berhak mengecapi kebahagiaan baharu dan mendatang. Saya berusaha menjadi lebih baik. Insya-Allah. Ini sudah jodoh. Cepat atau lambat, semua sudah tertulis. Saya terima suratan ini dengan hati terbuka. Banyak kualiti diri yang ada pada suami buat saya yakin untuk mendirikan rumah tangga sekali gus membimbing diri ini jadi isteri baik dan solehah.

“Dia juga jenis yang kuat bekerja dan buat saya yakin menerimanya. Saya rasa selamat di sisinya. Dia tebal dengan sikap melindungi. Sikap putus asa tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Tak kira apa skeptikal orang yang mungkin wujud, dia akan menyokong saya dari belakang. Berada dalam dunia seni dan mencari orang yang benar-benar memahami sebenarnya sukar. Tetapi kesukaran itu tidak ada padanya.

“Pendek kata, dia lulus setiap ujian yang diberikan. Sikapnya juga sangat penyayang cuma sisi romantik setakat ini belum saya lihat. Saya yakin dia boleh bahagiakan saya. Insya-Allah,” kata Raja Farah.

Mengenai bulan madu, baik Raja Farah dan Iskandar belum memutuskan destinasi percutian mereka. Manakala soal anak pula, kedua-duanya menyerahkannya kepada Tuhan tetapi tidak menolak jika ditakdirkan memperoleh cahaya mata secepat mungkin.

0 Response to "KEGAGALAN PERKAHWINAN PERTAMA TAK BERERTI SAYA TAK CUKUP BAIK – RAJA FARAH"

Post a Comment