Penulis blog kontroversi, Alvin Tan telah berkongsi dan memuat naik gambarnya yang sedang memegang buku-buku berkaitan Islam di sebuah masjid di Los Angeles, menerusi laman ‘Facebook’nya, pagi tadi.
HAYATI ISLAM.. APA KATA ALVIN TAN ? Alvin yang mendapat 6,437 like 533 share itu kemudiannya sekali lagi memuat naik statusnya lima jam yang lalu, tidak berpuas hati dengan segelintir penyokongnya yang akan berhenti menyokong sekiranya dia memeluk agama Islam.
“Dahsyat org kat page aku ni… Dah ade segelintir penyokong aku yg PM aku, ckp kalau aku betul2 masuk Islam, depa akan henti sokong aku serta-merta,”katanya.
Terdahulu, Alvin yang sebelum ini dikatakan telah melarikan diri ke luar negara, kerana membuat kenyataan jenayah terhadap anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah di laman Facebooknya, Ogos lalu.
Alvin yang membuat kenyataan tersebut bersama pautan mengenai kenyataan Nurul mengenai perhimpunan Bersih 4.0.
Kenyataan jenayah tersebut menjadi viral dan dikongsi di laman sosial dan aplikasi komunikasi.
P/S : Semoga Alvin dibukakkan pintu hati dan mendapat hidayah.
Sumber : SuaraTV
0 Response to "Alvin Tan Mula Mendekati Dan Belajar Islam"
Post a Comment