Air Ditemui Mengalir Di Permukaan Marikh - NASA
NASA atau nama penuhnya Agensi Angkasa Lepas Amerika telah membuat satu penemuan yang baru tentang planet marikh.
Nasa mengumumkan saintis mereka telah berjaya membuktikan yang air dari semasa ke semasa mengalir di permukaan planet merah Marikh pada masa kini.
Ini sekaligus memberi harapan yang mereka mungkin boleh menemui kehidupan di permukaan planet tersebut.
Ini kenyataan John Grunsfeld dari NASA:
"Kewujudan air dalam bentuk cecair memberi kemungkinan kepada wujudnya kehidupan di Planet Marikh,"
Melalui imej yang dihantar oleh Mars Reconnaissance Orbiter, para saitis telah membuat penyelidikan untuk menganalisa kesan aliran air yang muncul mengikut musim di beberapa kawasan permukaan planet berkenaan.
Sebelum ini para saintis hanya boleh mengesahkan yang air pernah suatu masa dahulu membanjiri permukaan Marikh sebelum atmosfera planet itu menjadi terlalu panas untuk membolehkannya terus mengekalkan air di permukaan.
Tetapi dengan bukti terbaru ini, mereka juga boleh mengesahkan yang air masih dari semasa ke semasa muncul di permukaan Marikh mengikut musim.
Namun masih belum diketahui air itu datang dari mana dan hanya beberapa teori sahaja dikeluarkan seperti dari air mata dalam tanah dan juga pencairan ais.
Bagi saintis Program Eksplorasi Marikh iaitu Michael Meyer, perkara itu masih menjadi misteri besar buat semua orang.
Ini komennya:
"Ia masih lagi satu fenomena yang misteri bagi kita semua,"
Sumber: mStar
0 Response to "Air Ditemui Mengalir Di Permukaan Marikh - NASA"
Post a Comment