3 Gambar : Lagi gambar pelanggan bawa anjing dalam troli tersebar


Ampang - Setelah gambar dua orang pelanggan membawa anjing di dalam troli di Tesco menjadi viral, kini timbul pula gambar seorang lelaki yang membuat perkara yang sama di sebuah pasaraya di Ampang.

Menurut gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Muhammad Senyum, lelaki berkenaan membawa anak anjingnya di dalam sebuah troli.




Gambar terbabit diambil pada 25 Ogos lepas iaitu sebelum isu dua wanita membawa anjing dalam troli menjadi viral. Muhammad Senyum kemudian sekali lagi memuat naik gambar yang sama pada 6 September yang lalu.

Sementara itu, Tesco Malaysia telah mengambil tindakan membesarkan saiz papan tanda larangan membawa haiwan di semua 53 pasarayanya di seluruh negara berikutan isu dua pelanggan yang membawa anjing menaiki troli di Tesco Extra Plentong Johor Bahru pada Jumaat lepas.

Menurut Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Tesco, Datuk Azlan Shah Alias, tindakan itu bertujuan bagi memastikan larangan berkenaan disedari setiap pengunjung.

Kami sedang mengkaji untuk membuat papan tanda larangan membawa masuk haiwan ke dalam premis dengan saiz yang lebih besar, jelas dan banyak di pasar raya.

Papan tanda sedia ada mungkin kurang mendapat perhatian orang ramai kerana saiznya tidak berapa besar dan dibuat di atas pelekat lutsinar,” katanya memetik laporan Kosmo! .Credit Sikapkeli

0 Response to "3 Gambar : Lagi gambar pelanggan bawa anjing dalam troli tersebar"

Post a Comment