TEMPOH IDAH DIPERSOAL – INI JAWAPAN RAJA FARAH

Keputusan pelakon Raja Farah mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu mengundang 1001 persoalan terutama tempoh idah. Menjelaskan perkara itu, Raja Farah mengakui merujuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum membuat keputusan.

tempoh-idah-dipersola-ini-jawapan-raja-farah“Mengikut perkiraan, tempoh idah saya berakhir pada 22 Julai lalu selepas tiga kali suci seperti dijelaskan pihak berkenaan. 

“Jadi, pada 8 Ogos lalu pihak lelaki menghantar rombongan merisik sebelum bertunang pada keesokan harinya. Jadi tak ada masalah untuk saya bertunang atau melangsungkan pernikahan,” katanya.

Mengambil kira kesungguhan yang ditunjukkan bakal suami untuk memperisterikannya, Raja Farah menafikan keputusan terbabit dibuat secara tergesa-gesa.

“Sebelum ini tidak terfikir untuk berkahwin. Cuma diakui kami mula berkawan ketika saya masih dalam idah.

“Sepanjang perkenalan, hubungan kami sentiasa dipantau ibu bapa masing-masing.

“Saya masih waras dan tahu batas. Kami lebih banyak berhubung menerusi khidmat WhatsApp. Kalau berjumpa, pasti saya ditemani seseorang,” katanya.

Merahsiakan tempoh pertunangan, Raja Farah bagaimanapun memaklumkan majlis nikah akan berlangsung dalam waktu terdekat. Raja Farah juga turut merahsiakan identiti  bakal suaminya kerana belum bersedia.

Sebagai info, sebelum ini Raja Farah bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria selepas lima tahun mendirikan rumah tangga  pada 25 Mei lalu.

Related Posts :

0 Response to "TEMPOH IDAH DIPERSOAL – INI JAWAPAN RAJA FARAH"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect