Raja Farah Bertunang

Raja Farah Bertunang | Raja Farah, 27, selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 33 tahun di kediaman keluarganya di sini, tengah hari tadi.

Raja Farah Bertunang

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz mengesahkan perkara terbabit ketika ditemui pada sesi sidang media.

"Alhamdulillah, majlis pertunangan tengah hari tadi berjalan lancar. Buat masa sekarang, saya perlu merahsiakan terlebih dahulu identiti bakal suami atas persetujuan kedua belah pihak.

"Cukup untuk saya katakan, dia masih bujang, berasal dari Ampang dan seorang ahli perniagaan," katanya.

Memperkenalkan bakal suami sebagai II, Raja Farah juga merahsiakan tempoh bertunang dan tarikh pernikahan.

Raja Farah Bertunang

"Saya boleh katakan majlis nikah dalam tahun ini juga dan persandingan akan diadakan di sebuah hotel Ampang," katanya.

Perkahwinan itu merupakan yang kedua buat Farah selepas bercerai dengan bekas suami Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, pada 25 Mei lalu setelah berumahtangga selama 5 tahun.

sumber
http://ift.tt/1NjJGRL

Related Posts :

0 Response to "Raja Farah Bertunang"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect