Melalui Harian Metro, Rahim Sepahtu didakwa memukul isterinya di muka, kepala dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya.
Menafikan apa yang tersebar dan menyifatkan ia sebagai khabar angin, Rahim menjelaskan bahawa dakwaan dia memukul isterinya setelah berlaku sedikit salah faham adalah tidak benar sama sekali.
“Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri). Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin”
“Masalah di antara kami sudah pun selesai,” katanya.
Memetik sumber OHBULAN! pula, isteri Rahim, Kolin Abdullah menyatakan laporan polis yang disebarkan di beberap lama media sebagai palsu dan dalam masa yang sama turut menafikan insiden tersebut.
0 Response to "PENJELASAN RAHIM ISU PUKUL DAN TENDANG ISTERI?"
Post a Comment