Pelakon baharu Fara Mendoza mendakwa pelakon Fizz Fairuz cuba menggoda dirinya melalui aplikasi WeChat. Bagaimanapun, Fizz Fairuz sendiri sudah pun keluarkan kenyataan yang beliau tidak mengenali siapakah gadis tersebut tetapi Fara Mendoza memberikan kenyataan mengesahkan yang mereka sebenarnya saling mengenali dan pernah berjumpa.
Melalui akaun Instagram, isteri kepada Fizz Fairuz iaitu Almy Nadia menulis ayat menyindir Fara Mendoza sebagai seorang yang sedang mencari publisiti murahan kerana status kurang popularnya. Status tersebut juga mengandungi hashtag #jangankacaurumahtanggaaku yang boleh dikira sebagai satu amaran buat Fara Mendoza dari Almy Nadia sendiri.
Walaupun status tersebut sudah dipadam Almy Nadia, namun SM dapat rasakan yang pelakon ini turut sedih dan terkilan dengan pendedahan yang dibuat oleh Fara Mendoza dan berharap semua ini sebagai tidak benar. SM harap Almy sabar dalam menghadapi dugaan ini.
0 Response to "PEDAS! ALMY NADIA SINDIR FARA MENDOZA ISU MESEJ MESRA DENGAN FIZZ FAIRUZ"
Post a Comment