
Kuala Lumpur -Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bekas
timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika
didapati bertindak khianat kepada parti.
Menteri di jabatan perdana menteri itu turut kecewa kerana Muhyiddin terus mempertikaikan perdana menteri dalam isu 1MDB.
Pemimpin Umno Johor itu mengulas video menunjukkan Muhyiddin menyebut
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa wang sebanyak
RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi.
“Saya tidak faham, siang kata hendak beri sokongan padu, malam keluar
video. Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua
dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma…
“Apa salahnya?,” kata Azalina seperti dipetik dalam laporan Berita Harian
hari ini.
MP Pengerang itu seterusnya menegaskan, Muhyiddin tidak kebal dari
tindakan disiplin parti, termasuk pemecatan sekiranya khianat kepada
Umno.
Bagaimanapun, Azalina berkata beliau tidak dapat menentukan jika tindakan Muhyiddin setakat ini merupakan perbuatan khianat.
“Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat.
“Saya tidak tahu lagi (sama ada Mukhriz mengkhianati parti), tidak
tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno
ke, tidak tahu,” katanya lagi.
Related Posts :
Rawatan Kecantikan Zaman Dulu Yang Pasti Anda Tak Sanggup Buat
These days it's rare to find a celebrity who hasn't undergone some form of plastic surgery, from tummy tuck, breast implants, facelift, no… Read More...
Keindahan Kampung Dengan 72 Air Terjun Yang Pasti Buatkan Anda Terpesona
Terletak jauh di Bernese Oberland Alps Switzerland, kira-kira 70km tenggara Bern, lembah Lauterbrunnen, dianggap sebagai salah satu lembah… Read More...
MUNGKINKAH PEGAWAI POLIS INI DI BUNUH?...
Pengakuan BENAR Seorang Anggota Polis | Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK),… Read More...
Perbualan Ini Bakal Buat Anda TERKEJUT “Sayang Nak Tengok Tak ? Sayang BERANI Ke ?” !!!
Perbualan Ini Bakal Buat Anda TERKEJUT “Sayang Nak Tengok Tak ? Sayang BERANI Ke ?” !!! | AL KISAH PERBUALAN ANTARA SEPASANG KEKASIH Y… Read More...
Gadis Ini Nikahi Patung Kertas Justin Bieber Dan Punya Tattoo Bieber Di Area Pribadinya
Penyanyi Kanada yang menjadi pujaan para gadis di seluruh dunia, Justin Bieber … Read More...
0 Response to "Muhyiddin perlu dipecat jika khianati parti – Azalina"
Post a Comment