Penyanyi dan pelakon Maya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari mengaku sudah tinggal berasingan dengan suaminya Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz sejak enam bulan lalu.
Sebelum ini, Maya yang popular dengan lagu Matahari mengambil sikap mengunci mulut dan enggan bercerita mengenai keretakan rumah tangga yang dibina bersama suaminya itu sejak 2009.
“Kedudukan rumah tangga saya memang tergantung sekarang dan belum ada jawapan yang tepat. Kami sudah tinggal berasingan sejak enam bulan lalu,” katanya.
Maya yang turut berlakon dalam teater itu berkata, dia dan suaminya bersetuju untuk tinggal berasingan kerana tiada persefahaman lagi.
Apa-apa pun SM harap Maya dan suami dapat menemukan jalan terbaik bagi masalah mereka dan tidaklah sampai ke perceraian. Semoga tabah dalam menghadapi ujian berumah tangga.
0 Response to "MAYA DEDAH PUNCA KINI TINGGAL BERASINGAN DENGAN SUAMI?"
Post a Comment