Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi, hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lalu.
Kronologi tragedi MH370:
- 8 Mac 2014 – MH370 membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas dari KLIA ke Beijing pada jam 12.41 tengah malam.
- 8 Mac 2014 – MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi hari sama hilang dari radar sejam selepas berlepas ketika merentas Laut China Selatan.
- 9 Mac 2014 – Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menunjukkan kemungkinan sebuah pesawat yang tidak dikenal pasti berpatah balik.
- 11 Mac 2014 – Operasi SAR dilancarkan di Selat Melaka. 12 Mac 2014 – Operasi SAR diperluas ke selatan Thailand dan Laut Andaman.
- 14 Mac 2014 – Operasi SAR diperluaskan ke Lautan Hindi.
- 15 Mac 2014 – Perdana Menteri mengesahkan pesawat yang dikesan berpatah balik oleh radar TUDM pada malam kejadian ialah MH370.
- 15 Mac 2014 – Operasi SAR fokus di koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi manakala SAR di Laut China Selatan ditamatkan.
- 16 Mac 2014 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menjuruskan siasatan kepada empat bidang iaitu kemungkinan rampasan, sabotaj, keadaan psikologi penumpang dan anak kapal serta masalah peribadi mereka.
- 17 Mac 2014 – Operasi besar-besaran SAR membabitkan 26 negara meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika dilancarkan.
- 24 Mac 2014 – Perdana Menteri mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
- 25 Mac 2014 – Operasi SAR ditumpukan di selatan Lautan Hindi berikutan petunjuk terbaharu dan pencarian di koridor utara dihentikan.
- 1 Mei 2014 – Kementerian Pengangkutan Malaysia mengeluarkan laporan awal kehilangan MH370, termasuk senarai kargo dan rakaman audio antara kokpit dengan ATC Kuala Lumpur.
- 29 Januari 2015 – Kerajaan Malaysia mengisytiharkan semua penumpang pesawat MH370 terkorban.
- 18 Jun 2015 – Pencarian MH370 di Lautan Hindi diperluaskan ke zon tambahan meliputi 60,000 kilometer persegi.
- 29 Julai 2015 – Komponen sayap dipercayai flaperon ditemui di pesisir pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi, dikaitkan dengan MH370 oleh sekumpulan penyelidik ekologi.
- 31 Julai 2015 – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan flaperon yang ditemui antara komponen pesawat Boeing 777.
- 6 Ogos 2015 – Najib menyatakan siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya.
0 Response to "KRONOLOGI TRAGEDI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370"
Post a Comment