Isu Derma RM2.6 Billion Sebabkan Rakyat Pandang Serong UMNO Kata Mukhriz (Video Inside)


Datuk Seri Mukhir Mahathir berkata, integriti seluruh pemimpin dan ahli UMNO dipersoalkan ekoran sumbangan dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Kedah itu berkata, isu derma itu membuatkan rakyat memandang serong terhadap pemimpin UMNO lain termasuk dirinya.

“Saya sangat tidak selesa dengan isu RM2.6 bilion. Saya rasa tak sedap hati. Sekarang, bila rakyat pandang saya sebagai Menteri Besar, ada persepsi bahawa saya juga samalah agaknya di peringkat negeri,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kampar pada 16 Ogos lalu.


Rakaman ucapan Mukhriz itu mula disebarkan dan dikongsi di laman sosial Facebook dan blog.

Mukhriz berkata, isu RM2.6 bilion itu menjadikan dirinya serba-salah apabila rakyat beranggapan beliau pun bersikap seperti itu (menerima derma politik) sedangkan hakikatnya untuk mengadakan program negeri pun tiada sumber kewangan.

“Kat mana kita nak letak muka? Awalnya kita menidakkan… lepas keluar laporan SPRM kita mengiyakan pula…

“Saya tak tahu macam mana nak jawab dan jumlahnya begitu banyak…

“Jadi saya rasa eloklah diselesaikan secepat mungkin. Tadi saya sentuh soal intergriti, rakyat menyoal integriti UMNO,” katanya.

Tambah Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu lagi, pemimpin UMNO banyak bercakap soal agama, bangsa dan tanah air yang merupakan asas perjuangan parti tetapi dalam masa yang sama, rakyat pula pertikai intergriti parti.

“Bolehkah kita menyakinkan rakyat, UMNO adalah satu-satunya parti yang akan menegakkan secara Islam, yang akan memartabatkan bangsa Melayu dan mememajukan tanah air, tetapi pada waku yang sama kewibawaan kita sendiri di pertikaikan,” tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam tidak menolak kemungkinan jawatannya dalam UMNO digugurkan kerana kritikannya itu.

Beliau berkali-kali mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO berkorban untuk rakyat bukan mengutamakan kemewahan diri dan keluarga.

Related Posts :

1 Response to "Isu Derma RM2.6 Billion Sebabkan Rakyat Pandang Serong UMNO Kata Mukhriz (Video Inside)"


  1. DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
    PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
    KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
    YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
    DPT 550 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
    ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
    ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU MBAH GUNTUR
    JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
    HUBUNGI LANSUNG MBAH GUNTUR DI NO_0853_2827_2384_SAYA
    SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
    INI KISAH NYAT SAYA== call +62853 2827 2384

    ReplyDelete

Recent Post With Sliding Effect