Fizz Fairuz Tak Kenal Fara Mendoza

Fizz Fairuz Tak Kenal Fara Mendoza | Fizz Fairuz menyifatkan tuduhan aktres baharu Fara Mendoza kononnya dia cuba memikat wanita itu menerusi perbualan aplikasi sosial WeChat adalah tidak masuk akal.

Fizz Fairuz Tak Kenal Fara Mendoza

Kata Fizz, dia terkejut dengan gosip yang tersebar itu lebih-lebih lagi dia langsung tidak mengenali wanita berkenaan.

"Saya tidak pernah kenal apatah lagi jumpa atau berlakon dengannya. Jadi mana datangnya cerita saya cuba memikatnya?

"Jujurnya saya langsung tidak ada kena mengena dengan dia. Saya tak faham apa motif dia mendedahkan foto paparan skrin (screenshot) dan membuat kenyataan seperti itu.

"Hampir 24 jam saya bersama isteri dan anak-anak, bila masa pula saya nak buat perkara macam itu?" katanya.

Pada pagi Selasa, sekeping foto paparan skrin yang menunjukkan perbualan Fara, 25, dan Fizz menjadi viral di laman sosial internet gara-gara aktres tersebuat yang memuat naik foto berkenaan di WeChat.

Fizz Fairuz menafikan perkara tersebut selain turut menjelaskan bahawa akaun tersebut bukanlah miliknya.


“Saya memang tak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali wanita itu. Cerita itu memang tak munasabah langsung. Cuma saya kurang pasti apa motif dia buat begitu. Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu”

“Kalau nak cerita diri saya sendiri dahulu memang saya jahat dan nakal tetapi kini dengan status sekarang tak perlulah nak cuba memporak-perandakan hidup saya. Kalau saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya berkawan itu perkara normal”

“Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita sebegini,” jelasnya sambil menyataka dia tidak kisah tentang apa yang diperkatakan oleh orang lain.

sumber
http://ift.tt/1ICBqLr
http://ift.tt/1IBrSk3

Related Posts :

0 Response to "Fizz Fairuz Tak Kenal Fara Mendoza"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect