Rozaimi Masih Boleh Bermain Bola | Bekas penyerang muda skuad bola sepak negara, Md. Rozaimi Abd. Rahman, 23, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran kelmarin disahkan masih boleh meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak.
Pemain kelahiran Bongawan yang kini menyarung jersi pasukan bola sepak Sabah itu juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Sabah.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Alijus Sipil (gambar kecil) berkata, pihaknya melahirkan rasa syu-kur apabila Rozaimi dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius sehingga boleh menjejaskan masa depannya dalam bola sepak.
Menurutnya, berdasarkan laporan doktor yang memeriksanya, pemain itu mengalami kecederaan pada kepala selain keretakan tulang rusuk dan bahu sebelah kiri.
“Doktor yang memberi taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang juga Presiden SAFA turut memberi jaminan bahawa Rozaimi masih boleh kembali bermain.
“Ia merupakan satu berita yang baik apabila dia boleh teruskan kariernya walaupun terpaksa memerlukan masa yang panjang untuk pulih,” katanya ketika ditemui semalam.
Terdahulu, Musa bersama pemimpin tertinggi SAFA meluangkan masa melawat Rozaimi dan keluarganya di Hospital Pakar KPJ Sabah
sumber
http://ift.tt/1H9fGnM

0 Response to "Rozaimi Masih Boleh Bermain Bola"
Post a Comment