Padah Buat Mercun Sendiri

Padah Buat Mercun Sendiri | “Tiba-tiba bunyi letupan kuat dari dalam rumah dan sebaik keluar bilik, saya lihat bilik abang berasap,” kata adik kepada seorang lelaki berusia 27 tahun yang parah di pergelangan tangan kiri dipercayai terkena mercun buatan sendiri.

Padah Buat Mercun Sendiri

Kejadian berlaku di Kampung Galok Chetok, di sini, jam 6 pagi semalam menyebabkan tangan kiri mangsa yang juga bekas tentera hancur. Dia dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Adiknya yang hanya mahu dikenali sebagai Ira, 18, berkata, dia sedang tidur ketika letupan berlaku dan terkejut mendengar ibunya menjerit sebelum bangun.

“Saya tak sangka apa-apa sebelum ibu masuk bilik saya dan minta saya bangun daripada tidur. Sebaik keluar bilik, saya tengok bilik abang berasap dan dia berlumuran darah serta terbaring tidak sedarkan diri di atas tilam.

sumber
http://ift.tt/1HJgkMv

Related Posts :

0 Response to "Padah Buat Mercun Sendiri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect