Nama Elizabeth Tan Naik Lagi, Kali ini Di Gosipkan Dengan Eddie, Bekas Suami Nabila | Selepas dunia hiburan digemparkan dengan dakwaan yang mengatakan penyanyi Elizabeth Tan menjadi punca perpisahan Adira dan tunangnya, terdengar pula khabar angin mendakwa yang Elizabeth kini menjalin hubungan dengan ahli kumpulan Tiga Swagger, Eddie.
Eddie bekas suami kepada Nabila Huda pantas menafikan khabar angin yang mulai bertebaran.
"Saya tidak bercinta dengan Elizabeth. Saya hanya berkawan baik dengan dia kerana berada di bawah satu pengurusan yang sama dan kami pernah bekerjasama sebelum ini. Elizabeth dan Tiga Swagger juga bakal muncul dengan lagu terbaru yang berjudul Sayang Pulanglah Sayang," ujar Eddie.
Terkejut mendengar dakwaan ini, Eddie menjelaskan yang dia tidak pernah berjumpa dengan Elizabeth secara peribadi.
"Ini pertama kali saya mendengar dakwaan ini. Saya tak pernah berjumpa secara peribadi dengan Elizabeth. Saya hanya berjumpa dengan dia hanya di pejabat dan acara di luar, semuanya atas urusan kerja. Saya terkejut dengan dakwaan ini," kata Eddie lagi.
Masih memegang status bapa tunggal, Eddie mahu menumpukan perhatiannya kepada anak dan kerjaya.
"Saya masih solo. Saya menumpukan fokus kepada kerjaya dan anak saya, Keisha Laila. Selepas saya melalui zaman penceraian dahulu, saya lebih mengutamakan keperluan anak daripada keperluan diri sendiri. Saya sendiri tak boleh jangka bila saya mahu menamatkan zaman duda saya, semua saya serahkan kepada ketentuan takdir," kata Eddie.
Eddie mendirikan rumah tangga dengan Nabila Huda pada 6 Disember 2008 dan mereka berpisah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan Eddie dan Nabila, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.
sumber
http://ift.tt/1H13jJr

0 Response to "Nama Elizabeth Tan Naik Lagi, Kali ini Di Gosipkan Dengan Eddie, Bekas Suami Nabila"
Post a Comment