Lelaki di bunuh ketika solat dalam Masjid di Lahad Datu


Kita makin berseteru sesama sendiri. Bergaduh tanpa henti sehingga lupa kita berada di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan penuh keberkatan. 

Sedang kita alpa tiba-tiba ada saudara kita yang sedang beribadat didakwa dibunuh di dalam masjid dan di rumah Allah. 

Jika benarlah kejadian ini berlaku, mohon PDRM memburu penjenayah terbabit sampai ke lubang cacing kerana kita tidak mahu pembunuhan seperti berlaku lagi seperti mana yang berlaku di negara jiran. 

Dikhuatiri masjid tidak lagi menjadi tempat yang selamat untuk beramal ibadat.

Mungkin kes ini adalah kes terpencil namun mampu menimbulkan keresahan kepada umat Islam di Malaysia. 

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185) Credit : Mr.Badman

0 Response to "Lelaki di bunuh ketika solat dalam Masjid di Lahad Datu"

Post a Comment