Hafiz Tempelak Penulis Pojok | Hafiz Suip menempelak dakwaan ruangan pojok sebuah akhbar tempatan yang mengkritik dirinya tanpa sebarang sebab munasabah.
Kata Hafiz, beliau terkilan kerana menganggap tindakan wartawan yang membidas dirinya menerusi ruangan hiburan itu bersifat peribadi.
"Semuanya bermula ketika majlis berbuka puasa anjuran ASTRO baru-baru ini. Seorang lelaki datang kepada saya dengan niat untuk menemubual saya.
"Oleh kerana saya tidak begitu mengenali dia, saya tanya dia dari penerbitan mana namun dia enggan menjawab soalan saya itu.
"Lelaki itu menjawab secara bersahaja mengatakan saya tidak perlu tahu dia dari akhbar mana. Jika tidak kenal, jadi melalui majlis-majlis begitulah kita saling mengenali.
"Sebelum memulakan wawancara, dia menanyakan mengenai perkembangan terbaharu saya dan dia seperti terkejut apabila saya bercerita tentang masalah tulang belakang.
"Seperti mana dia terkejut dengan masalah tulang belakang saya seperti itu juga saya terkejut kerana jika dia adalah media, semestinya dia maklum dengan perkembangan artis.
"Namun saya tidak bercakap dalam bahasa kasar pun," jelas Hafiz kepada BH Online. Hafiz sebelum ini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian belakang akibat tercedera ketika bermain futsal.
Biarpun masalah semakin pulih namun doktor menyarankan agar dia menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.
Tegas Hafiz, tindakan individu yang bergelar wartawan itu adalah tidak wajar kerana menggunakan pendekatan yang salah untuk menegur.
"Saya bukan tidak boleh ditegur namun gunakanlah cara yang sebaiknya. Di bulan Ramadan yang mulia ini kenapa mencari punca untuk bergaduh?
"Malah, kritikan yang diberikan secara terang-terangan dan saya tidak mempunyai ruang untuk memberi penjelasan.
"Saya anggap ia seperti menutup periuk nasi dan mencalarkan periuk nasi saya sebagai seorang selebriti. "Bagi saya, kepada individu itu yang tidak berpuas hati boleh berjumpa dengan saya bagi menyelesaikan hal ini secara baik," kata Hafiz.
sumber
http://ift.tt/1ScYuCY

0 Response to "Hafiz Tempelak Penulis Pojok"
Post a Comment