Gadis Dihina & Dikutuk Kerana Kerkurangan Dapat Perhatian & Simpati Masyarakat


Setiap manusia tidak kira rupa paras, kecik, besar,kurus atau gemuk sudah pasti mempunyai perasaan. Terbaru menjadi viral di laman sosial kisah seorang gadis istimewa yang mungkin mempunyai sedikit kekurangan di mata orang ramai.

Dia yang mewujudkan akaun Instagramnya menggunakan nama akaun NIASZATIE telah memuatnaik gambar sama seperti kebanyakkan gadis-gadis diluar sana.

Tetapi hanya kerana sedikit kekurangan yang dimiliknya telah tampil sekelompok manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan telah menghina ciptaan tuhan itu.

Bayangkan apa perasaan kita apabila apabila berada di tempat beliau, kita dihina kekuarangan kita, diherdik, apa kita rasa?

Berikut adalah satu 'Screen Shot"  yang menunjukkan gadis ini telah dihina oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Namun tabahnya insan ini hanya menjawab dengan jujur "ni bukan topeng ni muka saya"

Sayu SK rasa dengan jawapan itu, kenapa wujud manusia seperti ini dengan menghina paras fizikal orang lain?

Engkau rasa engkau ni dah cukup "perfect" sangat ke yang menghina orang lain?

Setiap makhluk diciptakan dengan kelebih dan kekurangan masing-masing. Yang pasti apa yang diciptakan olehNya mempunyai kesempurnaan tersendiri.

Kerana penyebaran gambar beliau dihina, ramai Netizens menzahirkan rasa simpati terhadap Zatie di mana mereka memberi kata-kata semangat kepada Zatie.




"Followers" Zatie dari 118 orang kini sudah meningkat kepada 5567 orang dan apa yang paling special ia turut di "follow" oleh penyanyi terkenal, Shila Amzah.

Apapun SK harap Zatie kuat yer dik, abaikan mulut-mulut busuk orang mengata. disebalik setiap kejadian ada hikmah yang kita mungkin tidak tahu.

0 Response to "Gadis Dihina & Dikutuk Kerana Kerkurangan Dapat Perhatian & Simpati Masyarakat"

Post a Comment