"Saya harap dia bersara dengan aman dan menikmati persaraan itu," ucap Perdana Menteri Malaysia Ke-4 itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-90 di Hotel Berjaya Times Square, anjuran Tan Sri Vincent Tan yang juga Pengerusi Kumpulan Berjaya, malam tadi.
Ucapan 'sinis' Tun Mahathir atau Tun M itu diberikan sempena ulangtahun kelahiran Najib yang ke-62 baru-baru ini.
Najib menyambut ulang tahun kelahirannya pada 23 Julai, manakala Tun M pada 10 Julai yang lalu.
Mengulas mengenai harapan sempena ulangtahun kelahirannya, perdana menteri Malaysia paling lama itu hanya menjawab: "Saya harap semua perkara berakhir secepat mungkin."
Tun M adalah antara individu yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, susulan isu penyelewengan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa isu lain membabitkan Presiden Umno itu.
Malah ujar Tun M, Umno-Barisan Nasional bakal berhadapan dengan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum akan datang sekiranya Najib masih enggan melepaskan jawatanya.
0 Response to "'Bersaralah...' Ucapan Hari Lahir Dari Tun M Kepada Najib"
Post a Comment