AL-FATIHAH BUAT LINDA RAFAR ATAS KEHILANGAN ANAK LELAKI BELIAU.
TAHUN KEDUA LINDA RAFAR BERPUASA DAN BERAYA TANPA ARWAH MEMEN.
DOAKAN AL-FATIHAH ARWAH MEMEN YANG MENINGGAL DUNIA 5 JULAI TAHUN LALU.SEMOGA LINDA TERUS TABAH.
Pengikut akaun Instagram (IG) Linda Rafar mendoakan pelakon itu tabah selepas dia menaikkan foto arwah anaknya, Rezaimen Keiflen atau Memen.
Foto yang dimuat naik Linda pada malam pertama Ramadhan itu mengundang rasa simpati pengikut, lebih-lebih lagi ia disertakan kapsyen yang agak menyentuh perasaan.
Tahun ini merupakan tahun kedua Linda berpuasa tanpa anak lelakinya itu.
Antara komen yang menarik perhatian Astro Gempak ialah daripada Amizan Jamil, “Jangan bersedih lagi wahai si ibu... Dia meninggal semasa kanak2 dan belum baligh lagi semestinya dia ahli syurga... Akak sepatutnya bersyukur kerana salah seorang keluarga kakak sudah berada d Syurga.... Kita kena redha dan ikhlas pemergian dia.. Ketentuan Allah mmg terbaik.. Tabah ya Kakak... Semoga kehidupan kakak dan keluarga akak semakin bahagia... Amin.. ;)
Linda juga dilihat telah membalas ucapan selamat para pengikut IGnya.
Memen meninggal dunia ketika berusia 12 tahun pada 5 Julai tahun lalu akibat ketumbuhan kronik dalam perut.
Semoga Linda tabah dan kami doakan roh Allahyarham Memen berada di kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
0 Response to "AL-Fatihah Buat Pelakon Jelita Linda Rafar..AL-FATIHAH."
Post a Comment