Kenali 7 RIAK Di Laman Sosial Yang Ramai Orang Buat… #4 Paling Ramai BUAT !!!
| Dunia zaman sekarang adalah dunia yang sangat mencabar. Ramai orang
muflis akibat tidak tertahan dengan godaan duniawi akibat terlebih
tengok status update orang-orang berlumba-lumba menunjukkan kemewahan di
laman sosial. Mana taknya, A tunjuk dia makan kat TonyRomas.. B pun
bersungguh ajak suami makan Tony Romas jugak… A tunjuk dia beli sofa
baru.. B pun bersungguh ajak suami beli sofa baru.. Dan cycle begini
berlangsung hinggalah jadi muflis atau bercerai berai. Yang A pulak tak
tau menahu yang ada orang dah muflis dan bercerai berai akibat
perangainya yang suka tunjuk kemewahan…. Anyway, di bawah merupakan 7
sifat riak yang ada di laman sosial. Memang selalu jumpa kan ?
Pertama :
Pergi check in kat hospital siap snap
gambar ayat berbunga sedih sendu bagai mengalahkan sinetron suruh doakan
anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak
beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam
manja je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’
status fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu
Kedua :
Snap gambar anak dalam rumah dengan
caption ‘Alahai anak mama ni bla bla bla..’.. Padahal nak tunjuk sofa,
tv, perabot baru atau objek lain latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak
buat macam tu orang tak tahu kan?.. nak jemput semua orang datang rumah
pun setahun sekali je.. Lambat.. hmm
Ketiga :
Syukur tak henti-henti.. ‘Alhamdulillah
rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyuk..bla bla bla’..
Alhamdulillah itu dan ini.. Padahal nak orang tahu betapa kayanya dan
mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak ada pun).. Kalau ikhlas nak
bersyukur, terus sujud atas tikar sejadah kepada Allah swt.. Jadikan
amalan sedekah berterusan supaya dilipat gandakan rezeki.. Sesungguhnya
Allah swt itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui.. Tak perlu guna facebook
bagai sebagai orang tengah!
Keempat :
Tangkap gambar dalam kereta.. Eh
pastinya nampak stereng sekali.. Caption, biasalah.. ‘Ala jam la
jalan’.. ‘Good morning semua’.. ‘Letih la hari ni’.. bla bla bla..
Padahal, motifnya nak tunjuk lambang kereta tu yang penting.. Hello! pak
cik dan mak cik yang pakai Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat
gitu tau..
Kelima :
Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf
shopping mall.. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk
hilangkan stress’ atau ‘ahh hari-hari shopping habislah duit I’.. atau
‘Hmm, I kalau bershopping macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha..
kelakarkan?’… sebenarnya nak beritahu aku mampu beli barangan jenama
Gucci,Prada,Louis Vuitton dan sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag
dan tanda harga lagi tau.. kau ado?!
Keenam :
Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan
anak-anak.. 24/7 updatepasal anak dia.. anak dia lah yang paling cerdik,
anak dia lah yang paling comel, anak dia pandai buat tu pandai buat
ni.. Macam orang lain tak ada anak.. tak pun sibuk update pasal suami
dia yang tercinta.. Suami dia yang paling kaya, Suami dia yang paling
penyayang, selalu tolong kemas rumah, jaga anak.. ‘Bersyukur dapat suami
soleh, penyayang, rajin.. love abang’.. Nak keluar urat perut aku baca
status..bblluuwerrkk.. Hmm.. memanglah itu facebook awak, tapi awak
bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun
setiap inci hal rumahtangga awak..
Akhir sekali :
Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic
sendiri.. Biasalah mulut muncung kedepan, herot kiri kana, dengan
caption ‘mukaku tanpa mekap’… ‘mata panda letih tak cukup tidur’..bla
bla bla… dengan harapan adalah orang lain komen.. ‘eh u still nampak
comel lah’..’nampak muda dari umur sebenar’.. etc etc.. hmm Lu pikir lah
sendiri bak kata Nabil
Maka hindarilah dari bersifat riak! Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Maka celakalah (azab) bagi orang
yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi
mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman
janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti
orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”
Secara mudah kita simpulkan bahawa riak
adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian
atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan
dengan kehendak islam yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan
solehah beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas
dan mengharapkan keredaan Allah swt. Sekiranya penyakit riak ini
dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh
membinasakan orang yang mengamalkannya.. KREDIT KIAMBANG MERAH.
0 Response to "Kenali 7 RIAK Di Laman Sosial Yang Ramai Orang Buat… #4 Paling Ramai BUAT !!!!!"
Post a Comment