TUNJUK ISYARAT LUCAH PADA SULTAN JOHOR, LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH


BATU PAHAT - Seorang pemilik kereta Perodua Viva didakwa di  Mahkamah Seksyen atas pertuduhan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan menunjukkan isyarat luca dengan tangannya, Ahad lalu.

Tertuduh, Md Aris Husin, 40, yang bekerja sebagai pereka grafik bagaimanapun memilih untuk mengaku tidak bersalah.  

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 95 Lebuhraya PLUS, arah selatan. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahu atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 19 Januari depan dan tertuduh dibenarkan dikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dalam tempoh itu.

0 Response to "TUNJUK ISYARAT LUCAH PADA SULTAN JOHOR, LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH"

Post a Comment