KEPUTUSAN !!!!! UJIAN MAKMAL PARU PARU DITEMUI MILIK JURURAWAT ATAU TIDAK DIKETAHUI 2 MINGGU LAGI..

Kuching: Keputusan ujian makmal sama ada organ dalaman yang ditemui di tepi pantai di Pasir Pandak, pagi Jumaat lalu milik jururawat, Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23, atau bukan hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya dua minggu lagi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Ernest John berkata, polis masih menunggu keputusan Jabatan Kimia negeri sama ada organ dalaman menyerupai paru-paru itu milik manusia atau haiwan.

"Kita anggarkan tempoh antara seminggu atau selewat-lewatnya dua minggu lagi untuk mengetahui keputusan ujian makmal terhadap organ dalaman itu.

"Sekiranya pasti ia milik manusia, baru kita buat ujian dengan mengambil sampel DNA keluarga jururawat itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) jururawat itu ditangguhkan 5 petang tadi dan akan disambung esok sehingga 25 Disember ini.

Menurutnya, selepas tarikh itu, perbincangan akan dilakukan sama ada SAR akan diteruskan atau tidak.

0 Response to "KEPUTUSAN !!!!! UJIAN MAKMAL PARU PARU DITEMUI MILIK JURURAWAT ATAU TIDAK DIKETAHUI 2 MINGGU LAGI.."

Post a Comment