
Sering kali memuatnaik gambar percutian ke luar negara bersama keluarga dan juga gambar barangan berjenemana mewah, Rozita Che Wan mengakui ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemewahannya.
“Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber pendapatan utama. Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula,” jelasnya kepada mStar Online.
Malah menurut pelakon ini, dia kini lebih memilih tawaran berlakon dan hanya akan memilih watak yang berbeza selain kini mahu memberi lebih tumpuan kepada perniagaan.
“Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan. Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil”
“Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan,” katanya lagi.
Related Posts :
Luahan Sayu Seorang Kakak Yang Kematian Adik Tersayang Akibat Kemalangan
Adik beradik ni orang kata ‘air dicincang tidak akan putus’, walau macam mana teruk pun bergaduh, selama mana pun bermasam muka dan mempun… Read More...
8 Gambar : Kenapa gadis cute ini di gelar DEWI di Restoren Popular ini ?
Gara-gara memiliki rupa paras cantik dan comel, seorang gadis yang bekerja di restoran popular di Taiwan ini telah mendapat perhatian… Read More...
Ahmad Maslan akhirnya akui BN akan tewas jika PRU diadakan esok
Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan akhirnya mengakui bahawa parti itu kini dalam keadaan lemah dan akan tewas sekiranya pilihan ra… Read More...
Aktor sezaman Tan Sri P Ramlee, Karim Latif meninggal dunia
Seniman veteran, Karim Latiff atau nama sebenar Abdul Karim Abdul Latiff, 78, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, sejak Sab… Read More...
Guan Eng Arah Jalan Dibuka, Henti Serta-merta Projek Special Span UEM
Kat atas tu ulasan macai yang tak tahu apa yang menjadi punca kesesakan lalu lintas paling buruk dalam sejarah di Pulau Pinang semalam.. t… Read More...
0 Response to "Saya Untung RM200,000 Berbanding Lakonan - Che Ta"
Post a Comment