Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad sebagai gundik. – Foto AP
Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.
Related Posts :
Program Akademi Fantasia 2015 Dikecam, Sengaja Buka Aib Pelajar Untuk Tarik Penonton SHAH ALAM: Tidak lama yang lalu, pernah jadi isu salah seorang artis Singapura yang pernah mendedahkan kisah didera secara seksual oleh ba… Read More...
"Bodoh, Saya Nak Dapatkan Derma Untuk UIAM Pun Susah," - Mahathir PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah sukar untuk mendapatkan sumbangan daripada penderma ketika beliau menjadi perdana m… Read More...
Kisah Pedoman "Hanya Sebiji Tembikai, Kita Merungut Kepada Allah Ta'ala" GAMBAR SEKADAR HIASAN Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun Cina ) . Dia m… Read More...
Dato' Aliff Terlajak Laris Kongsi Gambar RARE Beliau Ketika Berniaga Di Pasar Tani Kerana Gagal SPM ! saje nak luah perasaan bila ramai yg x percaya abg berniaga dari bawah..biar GAMBAR INI BERBICARA... WAKTU NI SAYA MASIH MENTAH DAN MASIH… Read More...
Datuk Seri Presiden dah kencing tiga juta ahli UMNO kata Wanita UMNO ini.. Kelantangan seorang Ahli Wanita UMNO mengkritik Presiden Parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi video sensasi dan mendapat perhatia… Read More...
0 Response to "Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari (GAMBAR)"
Post a Comment