BIL AZALI AKHIRNYA TAMPIL DEDAHKAN PUNCA SEBENAR ISU TUMBUK ASFAN?

Sikap penyanyi Asfan yang masih berlagak seperti orang bujang dengan mengabaikan isteri dan anak-anak menjadi punca dia terpaksa “makan” penumbuk adik iparnya, pelakon Bil Azali dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada Sabtu lalu.

pageBil yang sebelum ini enggan bercerita punca kejadian itu terpaksa buka mulut selepas Asfan dalam sebuah akhbar menasihati adik iparnya itu agar tidak masuk campur urusan rumah tangganya.

“Memang betul, saya tidak patut campur tangan dalam urusan rumah tangga mereka, tetapi apabila ada satu kes yang timbul dan tidak diberi penjelasan yang betul kepada keluarga saya, maka saya sebagai seorang adik perlu masuk campur hal mereka.

“Pada mulanya, saya tidak percaya dengan kata-kata orang. Tetapi apabila ada saksi dan bukti yang sahih, saya rasa dia (Asfan) perlu bertanggungjawab. Ini soal hormat, adab, tanggungjawab dan janji  yang telah dia langgar. Itu yang buatkan saya geram,” katanya kepada mStar Online,

Sementara itu ditanya apakah punca pergaduhan itu tercetus dan adakah ia berkaitan dengan orang ketiga, kata Bil, sikap Asfan sendiri yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana masih lagi seperti orang bujang.

“Apabila sudah bergelar suami, buat cara seperti seorang suami. Bukan berangan macam orang bujang. Nak buat perangai jangan sampai kantoi dan apabila saya dapat tahu, faham-fahamlah.

Nak ada orang ketiga, jangan sampai abaikan isteri dan anak-anak. Sila hormat orang yang telah merestui dia berkahwin dengan kakak saya. Jelaskan perkara yang ditimbulkan. Jangan lari,” tegasnya.

Bil berkata, walaupun dia sedar tidak patut masuk campur urusan rumah tangga Asfan, namun dia sudah tidak tahan apabila melihat kakaknya dianiaya penyanyi itu.

0 Response to "BIL AZALI AKHIRNYA TAMPIL DEDAHKAN PUNCA SEBENAR ISU TUMBUK ASFAN?"

Post a Comment