Dukacita dimaklumkan baby Ismail Zhafran telah pergi meninggalkan kita sebentar tadi jam 9.35 malam.
Damailah Abe Mail di sana.
Bersama kita sedekahkan bacaan surah al fatihah kepada baby Ismail.
Berehatlah dengan tenang sayang.
Beruntunglah kerana anak kecil yang meninggal dunia adalah salah seorang yang boleh memberi syafaat kepada ibu dan bapanya.
Berikut status sayu ibunya di FB :-
Berikut adalah berita sebelum ini dilaporkan Siakap Keli:-
Ismail Zhafran bin Azizul, seorang bayi kecil comel dilahirkn pada 28 oktober 2014 yang kini berumur 8 bulan merupakan anak kecil yang tabah dan kuat.
Mana tidaknya dari dilahirkan sehingga kini, anak kecil ini terpkasa menanggung begitu banyak penyakit kronik yang tidak dapat dibayangkan oleh kita sendiri deritanya kalau sakit itu ada pada kita yang sudah dewasa.
Semasa dilahirkan Ismail Zhafran atau nama panggilan manjanya Abe Mail tidak mempunyai lubang dubur dan semasa berumur dua hari dia telah menjalani pembedahan Stoma.
Selain itu, Abe Mail turut menjalani pembedahan lain semasa berumur lima hari kerana dikatakan saraf tunjangnya terbuka. Anak kecil ini turut mengalami pendarahan pada kepala dan kepalanya mengalami bengkak air.
Bukan sahaja derita tersebut dialami beliau, semasa dilahirkan dia hanya mempunyai hanya satu buah pinggang iaitu hanya di sebelah kanan, itupun hanya berfungsi sebanyak 12 %.
Semasa dalam proses kelahiran kaki anak kecil ini disahkan patah. Abe Mail juga menanggung sakit jantung berlubang.
0 Response to "Abe Mail Sudah Tiada..Status Sayu Ibu di FB...AL-FATIHAH.."
Post a Comment