3 Ibu Bawa Anak Bergabung Tenaga Curi Smartphone Saya

TIADA jalan mudah untuk mendapat kesenangan dan salah satu untuk memberi kepuasan kepada manusia adalah mencuri untuk kepuasan diri sendiri dalam waktu yang singkat.

Namun jika selamat sang pencuri akan gembira, jika sebaliknya sang pencuri mungkin mati dipukul oleh netizen. Disini kami kongsikan 3 ibu yang membawa anak telah bekerjasama untuk mendapatkan smartphone milik seorang wanita.

Telefon bimbit saya baru saja dicuri semasa saya sedang mengeluarkan wang di ATM RHB, pasar raya Giant, Padawan, Kuching, semalam.

Saya telah membuat laporan polis dan melihat rakaman CCTV di mana kejadian itu berlaku pada jam 6.25 petang.

Memang sah telefon bimbit jenis Samsung J7 milik saya dicuri oleh seorang wanita yang mengendong anak kecilnya dengan dua wanita yang turut mengendong anak kecil masing-masing.

Antara RAKAMAN CCTV yang berjaya dirakam

Saya percaya mereka bertiga telah merancang untuk melakukan perbuatan itu atau mungkin sindiket.

Malangnya, saya tidak dapat berbuat apa-apa selain dari menyampaikan kejadian ini kepada anda agar berhati-hati di masa akan datang terutamanya golongan wanita yang membawa beg tangan. - Pengadu

P/S : Semoga ibu-ibu ini mendapat hidayah..

Sumber : thehypemedia

Related Posts :

0 Response to "3 Ibu Bawa Anak Bergabung Tenaga Curi Smartphone Saya"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect