Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai pembiayaan politik (JKNMPP) dilihat majoriti rakyat Malaysia cubaan mengalihkan perhatian daripada dana RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya, kata panel jawatankuasa membasmi rasuah.
Ahli Panel Semakan Operasi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lim Chee Wee berkata, kebiasaannya, pengumuman seperti itu amat dialu-alukan.
"Namun luar biasanya, dengan keadaan yang membuatkan Najib membuatkan pengumuman, rakyat Malaysia kebanyakannya melihat tindakan yang tidak ikhlas," katanya, kepada The Malaysian Insider.
Lim , bekas presiden Majlis Peguam berkata, langkah kritikal perlu didedahkan Najib kepada penguatkuasa undang-undang dan orang ramai, dana dan perbelanjaannya.
"Rakyat sinikal dan penjelasan diperlukan," katanya.
Najib pada Jumaat berkata, langkah penubuhan jawatankuasa itu akan membantu rancangan bagi memastikan ketelusan terhadap dana parti pemerintah.
Beliau berkata, walaupun perkara itu pernah dibangkitkannya, sejak 2009 lalu, namun ia tidak mendapat sambutan.
Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menggesa Najib menjelaskan baki derma RM2.6 bilion.
Beliau berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.
"Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.
"Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu pada Jumaat.
Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.
"Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.
"Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib lapor The Malaysian Insider
0 Response to "Reformasi dana politik cubaan Najib alih isu RM2.6 Bilion"
Post a Comment