Kisahnya Disebalik Wajah Comel Bayi Ini Yang Menyentuh Hati...


Baru sebentar, telefon berdering...
"Assalamualaikum puan." Terdengar suara esakkan dihujung talian.
"Saya nak masuk Baitus Solehah, boleh ke puan?"
"Kenapa nak masuk Baitus Solehah? Awak dari mana?"
"Saya mengandung, dari Johor." Masih terdengar esakkan apabila bercakap dengan suara yang halus sayu.
"Berapa umur awak?"
" 16 tahun. Boleh ke saya nak datang ke Baitus Solehah?"
"Boleh. Mak ayah dah tahu?"
"Saya tak nak mereka tahu, saya takde transport?"
"Datang naik bas , nanti sampai Larkin Sentral, telefon saya, saya jemput."
"Baik, saya datang pagi ni , boleh?"
"Boleh, jangan kemana mana bila sampai Larkin Sentral, tunggu saya datang.."
Apabila menerima panggilan remaja yang sedang kebingungan, tindakan kita ialah menyelamatkan dengan meminta dia datang dulu, bertemu secepat yang mungkin dengannya. Jangan tanya banyak2, cukup pertanyaan tu sekadar maklumat penting.
Jika sudah jumpa barulah tanya berbagai soalan. Selagi belum bertemu, jangan takutkan atau membingungkan lagi keadaan remaja yang sedang bersedih. Mungkin fikiran celaru mereka membuatkan mereka berada dibawah tekanan dan bertindak diluar jangkaan.
Nanti sudah bertemu, barulah bawa ke klinik swasta untuk buat pemeriksaan dan mengesahkan dakwaan dia mengandung sebelum dibawa ke Balai Polis untuk buat laporan.
1. Laporan tentang dia mengandung
2. Laporan dia datang secara sukarela, keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa.
Laporan polis sangat penting untuk langkah melindungi kita dari dakwaan melarikan, menculik atau apa sahaja oleh penjaganya.
Jika anda, adakah abaikan panggilan begini? Kes ini banyak menyusahkan dan mendatangkan beban kepada anda ...
Namun atas dasar ehsan, atas dasar menyelamatkan ummah dan atas dasar mencari redha Allah, bantulah dia yang telah tersasar dan kebingungan. Lihatlah wajah mungil ini, jika kita tidak selamatkan ibunya, kemana dia dicampakkan?

Sumber : Baistus Solehah

Related Posts :

0 Response to "Kisahnya Disebalik Wajah Comel Bayi Ini Yang Menyentuh Hati..."

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect