Dulu bila aku kata jangan fitnah TS Khalid kalau dah tak suka kat dia.. aku kena sound, aku diminta 'slow down dan 'bawa bertenang'.. dan kena block dalam Fb kawan-kawan yang dah jadi YB..
Aku tentang sebab aku nampak fakta yang digunakan untuk menjatuhkan Khalid itu terutamanya tentang pinjaman Bank itu hanyalah auta semata-mata..
Lagipun aku tahu 'Kajang Move' itu dirancang oleh hanya segelintir pemimpin PKR dan perlaksanaannya pula tergesa-gesa seperti esok dunia dah nak kiamat.
Bila aku tulis 'Kajang Move bakal melanggar tembok' pulak.. kena marah walaupun aku yakin aku betul tentang Sultan Selangor tak akan terima sesiapa saja dari keluarga Anwar untuk menjadi MB Selangor..
Bila aku tanya pula kenapa nak diteruskan sedangkan kita tahu tembok dah ada di hadapan, jawapnya 'Kami yakin pihak Istana akan akur dengan suara majoriti'.. akur?.. ha..ha..ha.. opps.. cukuplah kot.. satlagi terkelur semua cerita pasal 'Kajang Move' tu..
Sekarang kan dah kena minta maaf..
SHAH ALAM - Saman bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor selesai selepas menerima permohonan maaf bekas Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin selaku defendan membacakan permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam M Gunalan sebentar tadi.
Khalid turut membacakan kenyataan penerimaan plaintif yang menerima permohonan yang dibuat Saifuddin.
Khalid memfailkan saman itu terhadap Saifuddin berdasarkan kapasiti peribadi dan jawatan Setiausaha Agong PKR.
Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnahnya.
Dokumen itu didakwa dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.
Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 8.50 pagi diiringi pegawai penjara untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi kes tersebut yang telah ditetapkan untuk perbicaraan bermula hari ini.
Turut hadir, keluarga Anwar, Naib Presiden, Tian Chua, Rafizi Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifi Ahmad dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi lapor Sinar
Hmm.. nasib baiklah aku ni bukannya jenis 'Lembu dicucuk hidung' macam yang ada dalam PKR tu.. kalau tak .. tak pasal-pasal saja aku turut fitnah Khalid Ibrahim tu.
Cuba kira berapa banyak masa yang kita dah sia-siakan, berapa banyak belanja yang kita habiskan hanya untuk menurunkan Tan Sri Khalid dari kerusi MB Selangor?
Err.. kita itu aku maksudkan ialah PKR.
Paling penting.. cuba kira berapa ramai ahli PKR yang sifatnya seperti 'Lembu dicucuk hidung'.. main ikut dan angguk saja apa pemimpin kata, tak fikir langsung betul atau salah..
0 Response to "Hmm.. nasib baiklah aku ni bukannya jenis 'Lembu dicucuk hidung' macam yang ada tu.."
Post a Comment