Diesel tumpah di Saujana Utama, 5 kereta dan 20 motorsikal terbabas


Kuala Lumpur: Akibat tangki lori membawa muatan diesel bocor dan tumpah di atas jalan, lima kereta dan 20 motosikal terbabas, manakala beberapa orang cedera selepas hilang kawalan dalam kejadian di Sungai Plong dan Saujana Utama, Sungai Buloh, 9 malam tadi.

Difahamkan, tumpahan diesel berlaku sepanjang tujuh kilometer menyebabkan kenderaan yang berada di belakang lori berkenaan terbabas ketika melalui selekoh di dua lokasi berkenaan.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh berkata, 10 anggota bomba bersama dua jentera segera ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu.

"Pihak kami dimaklumkan, pemandu lori yang membawa muatan diesel tidak mengetahui tangki lori berkenaan bocor sebelum orang ramai menahannya di kawasan Saujana Utama.

"Tiada kecederaan serius yang dialami dalam kejadian itu dan laluan yang terjejas kembali selamat digunakan kira-kira 10.15 malam tadi,"katanya. - HMetro


0 Response to "Diesel tumpah di Saujana Utama, 5 kereta dan 20 motorsikal terbabas"

Post a Comment