Bekas MB Selangor, Khir Toyo Rebah Selepas Berjogging | Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke Hospital Selayang dekat sini setelah rebah selepas berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7.
Sumber daripada pejabat Mohamad Khir ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, beliau (Dr Mohamad Khir) yang pulang daripada aktiviti itu tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri di rumahnya menyebabkan keluarganya panik dan menghubungi ambulan.
Menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Dr Mohamad Khir kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.
“Setakat pukul 6 petang tadi, keadaan beliau telah stabil dan sudah boleh bercakap namun masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut,” kata sumber itu kepada Bernama.
Esok Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan keputusannya mengenai rayuan Mohamad Khir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadap beliau bagi tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni dalam 2007. – BERNAMA
sumber
http://ift.tt/1MNIXKa
Related Posts :
DISKAUN Saman Polis & Trafik Adalah Palsu
Kuala Lumpur: “Maklumat itu palsu! Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menawarkan sebarang diskaun saman trafik buat masa ini,” jelas Ketu… Read More...
Ibu Mertua : "Kau Ni Asyik Tidur Saja Kerjanya"
%^Sebagai isteri dan seorang ibu, perkara yang paling menghiris perasaan ialah bila dah siap-siap buat kerja, makan pun tak sempat kemudia… Read More...
5 Gambar Kemalangan Maut..Penunggang Motosikal Maut Akibat Cedera Parah Di Kepala..Kemalangan Maut melibatkan sebuah lori dan sebuah motorsikal di Jalan Pokok Tampang Tasek Gelugor.Kampung Tepi Sungai Simpang Tiga Tai Tong… Read More...
Tinggal 2 bumbung
Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Linda Rafar, 37, mengesahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya yang juga pelakon Syed … Read More...
Kisah Benar : "Dalam Perut Mak Bawa Selama 9 Bulan,Sekarang Nak Bawak Mak Jalan Berkira Pula"
%^Saya berniaga restoran di Jalan Rasah, Restoran Waqiah. Bulan lepas, ada seorang pelanggan, dah lanjut usia 60’an. Selepas makan, dia be… Read More...
0 Response to "Bekas MB Selangor, Khir Toyo Rebah Selepas Berjogging"
Post a Comment