Seorang wanita terputus kepalanya manakala suaminya pula putus tangan setelah motosikal mereka kemalangan di Kilometer 14.2 di Lebuh Raya Seremban - Port Dickson, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada jam 4.45 pagi itu, Nor Azina Mohd Ratki, 39, meninggal dunia di tempat kejadian. Suami mangsa pula, Shamasrol Abu Bakar, 36, parah.
Menurut sumber, kemalangan itu berpunca apabila Shamasrol yang menunggang Naza Blake GT600 terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.
Kejadian itu menyebabkan leher Nor Azina terseret di besi penghadang jalan sebelum terputus dan tercampak 10.5 meter dari badannya.
"Lelaki itu tercampak dan terkena besi penghadang jalan menyebabkan tangan kirinya putus sehingga paras siku," katanya yang mengekori motosikal pasangan terbabit.
Menurut abang Nor Azina, mangsa dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Selangor selepas berbuka puasa bersama rakan mereka yang berkonvoi ke daerah berkenaan.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, adik saya dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.
Jenazah Nor Azina akan dikebumikan di Kota Damansara. Suami mangsa yang cedera parah kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar.
Difahamkan pasangan itu mempunyai tiga anak berusia lingkungan sembilan tahun hingga 16 tahun.
ReplyDeleteDULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 550 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU MBAH GUNTUR
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG MBAH GUNTUR DI NO_0853_2827_2384_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
INI KISAH NYAT SAYA== call +62853 2827 2384