Kopral Sirul Nafi Akan Buat Pengakuan Di Mahkamah

Kopral Sirul Nafi Akan Buat Pengakuan Di Mahkamah | Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar menafikan maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp kononnya dia akan membuat pengakuan di mahkamah Australia minggu depan.

Kopral Sirul Nafi Akan Buat Pengakuan Di Mahkamah

Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul Azhar membunuh Altantuya Shaariibuu atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, selepas sebaran maklumat palsu yang dibuat dengan menggunakan nama akhbar Herald Sun Australia itu menjadi viral, beliau terus menghubungi Sirul Azhar untuk mendapatkan kepastian.

“Setelah bertanya sen­diri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk ha­dir ke mahkamah.

“Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul Azhar,” katanya.

Tambah Hasnal Rezua, kenyataan palsu itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana berpotensi menjatuhkan kredibiliti banyak individu.

“Saya tidak pasti motif sebenar kenyataan itu dibuat tetapi masyarakat Malaysia diharap dapat menghentikan perkongsian maklumat palsu itu sebelum menjadi perkara yang lebih teruk,” katanya.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hu­­kuman mati ke atas Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu namun Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia

sumber
http://ift.tt/1gpantD

Related Posts :

0 Response to "Kopral Sirul Nafi Akan Buat Pengakuan Di Mahkamah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect