Suspek Curi HP Di Low Yat Di Dakwa

Suspek Curi HP Di Low Yat Di Dakwa : Seorang penganggur yang dikaitkan de­ngan rusuhan di Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang di sini sejak Sabtu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan mencuri sebuah telefon bimbit jenama Lenovo.

Suspek Curi HP Di Low Yat Di Dakwa

Tertuduh, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, yang masih bujang bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mencuri terhadapnya dibacakan untuk kali ketiga di hadapan Majistret Nur’Aminahtul Mardhiah Md. Nor.

Tertuduh yang memakai baju-T hitam kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding berlangsung.

Dia tidak memahami pertuduhan apabila dibacakan buat pertama kali namun selepas di­terangkan oleh majistret, Shahrul membuat pengakuan bersalah. Bagaimanapun, apabila pertuduhan diulang kali ketiga dengan diterangkan semula oleh peguamnya, tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah.

sumber
http://ift.tt/1RyFjs7

0 Response to "Suspek Curi HP Di Low Yat Di Dakwa"

Post a Comment